Skip to main content

Kelebihan Dan Keistimewaan Vitamin C Shaklee



Sejak kecil kita sudah didedahkan dengan Vitamin C berbanding vitamin lain kann..
Sebut buah limau atau oren, haa itu sumber vitamin c 😁

Namun tak semua antara kita ambil berat tentang kepentingan vitamin c ini. Macam KakMimie juga lah dulu, tahu vitamin c penting tapi tak usaha dan ambil mudah pengambilannya.

Bila kita abaikan pengambilan vitamin c dalam diet pemakanan harian kita, semakin lama ia menyebabkan pembentukan kolagen baru menjadi lambat dan kurang terbentuk. 

Bila kolagen berkurang dalam badan, pelbagai tisu dalam badan kita akan pecah dan memberi kesan kepada pembaikan tisu badan. Jika berterusan, usia makin lanjut dan badan kekurangan kolagen dan vitamin c - ia boleh menyebabkan penyakit skurvi 😱

Simptom Kekurangan Vitamin C Dalam Badan


1. Badan cepat letih dan stress
2. Rambut mudah gugur
3. Luka lambat sembuh
4. Mudah dapat lebam pada badan
5. Gusi sering berdarah
6. Kerap sakit sendi
7. Stress yang teruk
8. Masalah pencernaan

Jika anda mengalami antara simptom di atas, anda memerlukan lebih vitamin c untuk tubuh badan.

Manfaat Utama Vitamin C Kepada Tubuh Badan


1# Membentuk Kolagen
Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, ia menghalang otot menjadi lembik.

2# Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari cedera, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3# Meningkatkan Sistem Imun
Pembinaan sel darah merah yang sihat penting untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, juga mengurangkan alergi hidung dan kulit.

4# Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat.

Keistimewaan Dan Kelebihan Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C Yang Lain


s

Vitamin C Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vita C Plus (500mg). Sangat istimewa dalam mengatasi radikal bebas untuk kulit yang sihat dan cantik.


Kenapa ia istimewa dan berbeza dengan jenama lain? 


1. Ia Semulajadi, Bukan Sintetik
Vitamin C Shaklee adalah natural - semulajadi. Ia diperbuat daripada bahan yang terjaga kualitinya. Vitamin sintetik memberi kesan kepada kesihatan untuk jangkamasa yang panjang.

2. Tanpa Pewarna dan Perasa Tiruan
Ia semulajadi tanpa pewarna dan perasa tiruan yang boleh menjejaskan kesihatan.

3. Mengandungi Bioflavonoid
Bioflavonoid merupakan pigmen tumbuhan yang banyak ditemui dalam buah sitrus.

Fungsi bioflavonoid adalah untuk membantu penyerapan vitamin C yang lebih baik. Ia juga memelihara vitamin daripada teroksidasi.

Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid.


4. Diperbuat Dari Ekstrak Jagung
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah perut sensitif. Satu tablet Vitamin C bersamaan dengan khasiat 7 1/2 biji buah oren.


5. Sistem Pelepasan Berperingkat
Satu tablet Vitamin C Shaklee adalah 500mg yang akan dilepaskan sebanyak 100mg untuk setiap 1 jam selama 5 jam.

Teknologi Sustained Release ini bertujuan meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran Vitamin C.



Harga sebotol bagi Vitamin C adalah RM 97.50. Sebotol mengandungi 180 biji, tahan sehingga 3 bulan ke 6 bulan. Sangat jimat dan berbaloi!

Baca di sini - Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee. 

Untuk dapatkan Vitamin C semulajadi selamat dan berkesan, boleh klik VITAMIN C SEMULAJADI 🙂

Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya, Pengedar Shaklee Hulu Langat :

Aimie Suyat | 013 2293413

Atau klik saja link whatsapp ini : www.wasap.my/60132293413

Comments

  1. Waah bestnya vitaC ini pulak....nampaknya tak boleh eskep suda dari hadam C tiap hari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Vitamin C Untuk Pesakit Diabetes

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Apa yang penting bagi pesakit diabetes adalah mengawal paras gula dalam darah supaya tidak berlaku komplikasi kepada penyakit yang lebih kronik. Pengambilan vitamin C sebenarnya penting untuk diambil setiap hari. Ia membantu mengawal paras glukosa dalam darah dan mencegah komplikasi akibat penyakit diabetes ini. Vitamin C juga membanti membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit diabetes. Seperti yang kita tahu Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat. Ia melawan radikal bebas seterusnya membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa dan tekanan darah tinggi yang sering mereka alami.  Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C membantu menurunkan bacaan tekanan darah tinggi yang dialami pesakit diabe...

Pengedar Shaklee Hulu Langat Paling Aktif

Assalamualaikum. Salam kenal buat yang baru mengenali. Saya Pengedar Shaklee paling aktif di Hulu Langat 🙂 Boleh kita kenal?   Nama diberi Aimie Muhamad Suyat. Boleh panggil Aimie ataupun KakMimie. Surihati kepada tuan suami Mustaffa Nor. Ummi anak 3, 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya lahir di Kuala Lumpur, menetap sekarang di Hulu Langat. Bekerja ke?  Dulu bekerja sebagai guru di sebuah Maahad Tahfiz swasta, kini bekerja dari rumah sahaja - Work At Home Mom ❤️ Dah lama kenal Shaklee?   Consumer Shaklee sejak tahun 2013 dan berjinak dalam dunia bisnes Shaklee tidak lama selepas itu. Masih setia dengan Shaklee hingga hari ini seterusnya ke akhir hayat Insya Allah! Best tau 🌹 Eh, awak nie boleh dipercayai ke?   Saya adalah TRUSTED SELLER - Shaklee Independent Distributor dengan ID 1161055, bukan penjual vitamin di e-Commerce tau. Tak percaya? Boleh KLIK SINI . Saya banyak membantu para ibu yang mementingkan kesihatan semasa hamil da...

Kemas Ruang Solat

Assalamualaikum.  Hai, hari nie saja nak share pasal kemas - kemas rumah. Tidaklah rajin sangat, tapi sis cubaaa nak istiqamah. Hihi Yang benarnya,  Puas hati dapat kemas satu ruang nie walaupun taktau lah bertahan berapa lama 🤣 Hari tue letak mainan anak2 kat sini, memang tak jadi ruang solat lah kann. Penuh mainan, Ummi Abah solat kat tengah2 hall 😂 Bagi mak mak yang berhajat nak kemas rumah dan buang segala harta karun yang bertahun dah tak berusik, better mula satu part dulu. Takut kombah semua part, at last tersadai tak larat. Semua ruang jadi sepah. Kadang satu part pun boleh ambil masa berhari2 tau. Next week nak kerjakan baju2 dan bilik pula. Sorting baju anak2 tue yang memang kena hadap lamaaa 😋 Kerja mengemas nie tak pernah habis. Mula lah sikit2, lama2 nanti biasa. Dan buatlah sampai kau rasa ikhlas 💕