Skip to main content

3 Sebab Kami Hantar Anak Ke PASTI

Alhamdulillah, hari ini Allah beri kesempatan untuk hadir ke sekolah kakak Maryam Azra - jumpa cikgu dan tanda tangan report card 🙂

Komen positif cikgu baanyak legakan hati Ummi tau, walaupun karakter di rumah dan sekolah nyata berbeza.

Ada sebab kami suami isteri pilih untuk hantar Maryam Azra ke PASTI. Dan Insya Allah untuk adik-adiknya juga 🌹

3 Sebab Kami Pilih Hantar Anak Ke PASTI :


1# Kembali Kepada Fitrah




Ya, anak-anak ini lahir suci secara fitrahnya. Yang mencorak warna anak - anak ini adalah ibu bapa.

Sangat penting untuk kami pilih persekitaran dan suasana yang baik untuk membentuk peribadi yang baik sejak kecil lagi 🙂

Maryam Azra mula masuk PASTI umur 4 tahun. Belajar dan tunjuk minat nak belajar dan mengaji, belajar bersosial, dan belajar pakai tudung walaupun on off 😂

2# Pendidikan Seimbang


Semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Pendedahan awal anak-anak tentang hafazan doa, surah lazim, dan sebahagian surah dari Al-Qur'an memang buat hati kami cair.

Belajar menyanyi, kenal ABC, kira 123, mengaji Iqra', sukan hari keluarga, lawatan luar sekolah. Semuanya seimbang untuk membentuk peribadi anak-anak PASTI Insya Allah 🙂

3#Yuran Berpatutan

Ini antara yang kami semak juga lah. Yuran bulanan setakat ini bawah RM 150, yuran tahunan bawah RM 700.

Lain PASTI, lain ya bayaran yurannya. Ikut tempat masing-masing berdasarkan kos dan sebagainya.

Kami sedar, usaha mendidik anak-anak bukan terletak di bahu para guru sahaja. Namun ibu ayah bertanggung jawab mendidik mereka di rumah juga.

Saya pilih PASTI bukan sebab sekolah lain tak bagus tau. Semua ada kelebihan masing-masing.

Namun, ini pilihan yang sangat dekat di hati kami ❤️



Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Vitamin C Untuk Pesakit Diabetes

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Apa yang penting bagi pesakit diabetes adalah mengawal paras gula dalam darah supaya tidak berlaku komplikasi kepada penyakit yang lebih kronik. Pengambilan vitamin C sebenarnya penting untuk diambil setiap hari. Ia membantu mengawal paras glukosa dalam darah dan mencegah komplikasi akibat penyakit diabetes ini. Vitamin C juga membanti membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit diabetes. Seperti yang kita tahu Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat. Ia melawan radikal bebas seterusnya membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa dan tekanan darah tinggi yang sering mereka alami.  Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C membantu menurunkan bacaan tekanan darah tinggi yang dialami pesakit diabe...

Pengedar Shaklee Hulu Langat Paling Aktif

Assalamualaikum. Salam kenal buat yang baru mengenali. Saya Pengedar Shaklee paling aktif di Hulu Langat 🙂 Boleh kita kenal?   Nama diberi Aimie Muhamad Suyat. Boleh panggil Aimie ataupun KakMimie. Surihati kepada tuan suami Mustaffa Nor. Ummi anak 3, 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya lahir di Kuala Lumpur, menetap sekarang di Hulu Langat. Bekerja ke?  Dulu bekerja sebagai guru di sebuah Maahad Tahfiz swasta, kini bekerja dari rumah sahaja - Work At Home Mom ❤️ Dah lama kenal Shaklee?   Consumer Shaklee sejak tahun 2013 dan berjinak dalam dunia bisnes Shaklee tidak lama selepas itu. Masih setia dengan Shaklee hingga hari ini seterusnya ke akhir hayat Insya Allah! Best tau 🌹 Eh, awak nie boleh dipercayai ke?   Saya adalah TRUSTED SELLER - Shaklee Independent Distributor dengan ID 1161055, bukan penjual vitamin di e-Commerce tau. Tak percaya? Boleh KLIK SINI . Saya banyak membantu para ibu yang mementingkan kesihatan semasa hamil da...

Kemas Ruang Solat

Assalamualaikum.  Hai, hari nie saja nak share pasal kemas - kemas rumah. Tidaklah rajin sangat, tapi sis cubaaa nak istiqamah. Hihi Yang benarnya,  Puas hati dapat kemas satu ruang nie walaupun taktau lah bertahan berapa lama 🤣 Hari tue letak mainan anak2 kat sini, memang tak jadi ruang solat lah kann. Penuh mainan, Ummi Abah solat kat tengah2 hall 😂 Bagi mak mak yang berhajat nak kemas rumah dan buang segala harta karun yang bertahun dah tak berusik, better mula satu part dulu. Takut kombah semua part, at last tersadai tak larat. Semua ruang jadi sepah. Kadang satu part pun boleh ambil masa berhari2 tau. Next week nak kerjakan baju2 dan bilik pula. Sorting baju anak2 tue yang memang kena hadap lamaaa 😋 Kerja mengemas nie tak pernah habis. Mula lah sikit2, lama2 nanti biasa. Dan buatlah sampai kau rasa ikhlas 💕